feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Kisah Motivasi Dari Filem Pasal Komputer

Labels: ,



(sori,aku x letak gambo dan main tulis jer..bz,nanti aku update)
Salam semua..

kali ni aku nak share sikit pasal citer yg memang aku minat ni..
The First $20 Million Is Always the Hardest (2002)..
filem ini diadaptasi dari buku The First $20 Million Is Always the Hardest (1997) hasil penulisan Po Bronson..

Filem ini di dikeluarkan oleh 20th Century Fox dengan kos $ 17 juta..
baru2 ni pon ader keluar kat TV3..ulang tayang..
kalau HBO lagila selalu..
Walaupon dah 7 tahun citer ni kuar..aku tetap suka pada konsep
cerita ngan idea dlm citer ni..
meh tengok sinopsis ni dulu..


para pelakon :

Adam Garcia sebagai Andy Kasper
Rosario Dawson sebagai Alisa
Jake Busey sebagai Darrell
Ethan Suplee sebagai Curtis "Tiny" Russell
Anjul Nigam sebagai Salman Fard
Gregory Jbara sebagai bos la Honda
Enrico Colantoni sebagai bos jahat





Po Bronson(penulis buku asal) juga ada memainkan peranan cameo dalam filem ni,tapi watak sampingan jer la yg main pancaragam kat rumah lisa tu..janji ader watak yer tak..

Sinopsis

Jadi bermula cerita si Andy yg bekerja sebagai ejen pemasaran di syarikat komputer LaHonda Research Institute..Andy menyahut cabaran mencipta sebuah komputer dengan harga USD 99($99) iaitu PC99..
Jadi dia pon dapat team untuk buat komputer yang berharga 99 dolar tu..
Ader 3 orang team dier yang pakar dalam pembikinan komputer serta hacker..
first sekali dia jumpa Salman Fard..
Andy kenal Salman ketika Salman menyusup masuk (Hack) ke file CIA..
kedua dia bertemu dengan Tiny..seorang yg sangat gemuk tetapi bijak dan agak paranormal kerana suka anak patung getah tu..huhu..
ketiga ialah Darrel..Darrel seorang yg melecehkan dan mempunyai masalah kebersihan..
dia terlampau takut pada kuman..jadi tak boleh salam atau sentuh dia..garang..

ok..pendekkan citer..
Jadi kumpulan ni pun memikirkan cara terbaik untuk bikin PC99 yang tak diterima dek akal tu..
camner la nak buat kan..
ok ni anggaran harga Satu Komputer ikut harga pasaran..


Motherboard RM 160
Processor RM 180
Ram RM 40
Hard disk RM 100
CD-Rom RM 60
Chasing RM 60
Mouse RM 10
Keyboard RM 10
Monitor RM 120

JUMLAH : RM 740

Jadi anda nampak tak Jumlah yang Andy kena kurangkan..
ni Aku ubah ikut harga market Malaysia sebab kalo guna ikut citer asal kang susah nak
korang nak paham..
Ok..
jadi RM 740 - RM 99 = RM 641 yang perlu dikurangkan..
Jadi pasukan ni semakin hilang semangat dengan idea tak logik Andy tu..
Sehinggakan Salman mendapat Idea membina Server di internet..
maksudnya window dalam internet..
Jadi dah menjimatkan kos semua di atas (RM600) kecuali mornitor,keyboard dan mouse (RM 140)..
Sedangkan mornitor satu pon harga seratus lebih..
camner nak untung kalau dapat cipta sekalipun komputer tanpa CPU..
Kumpulan ni berdepan dengan masalah lagi..

Tiba-tiba Andy ternampak yg kumpulannya bermain dengan Hologram..
Dia terus mendapat idea supaya buang mornitor,mouse,keyboard dan cuma perlu memodalkan
hologram tu jer..
Jadi Darrel mendapat idea menggunakan sarung tangan virtual reality untuk menggantikan
mouse dan keyboard..
bermulalah sesi kedua untuk menghasilkan PC99 ni tadi..

Jadi si Tiny yg gemuk ni tadi pon menulis code holegrum untuk sesuaikan window tu dengan
fungsi hologram..
Salman pula mendapat idea untuk memberi nama PC99 ni dengan nama E-MAGI dari perkataan internet & magic..
setelah Tiny siap mengecode hologram dan Sarung tangan tu..
tiba2 Bos syarikat La Honda menarik dana yang diperuntukkan untuk projek ni dan
memberi
 Andy keputusan untuk meneruskan projek dengan surat perjanjian tetapi dengan syarat..
semua idea Andy ketika itu adalah dimiliki La Honda sebanyak 51%..
Andy bersetuju dan keluar bersama kumpulannya dari La Honda..

Andy menjual Keretanya untuk menampung perbelanjaan projek mereka yang baru tanpa bantuan La Honda..
Mereka membuka makmal baru di Garaj di depan rumah alisa (gadis seksi yg minat seni)..
Andy memang dah lama jatuh hati pada Lisa..
cuma Lisa ni agak jual mahal sikit..
Kerana lisa seorang perempuan yang berprinsip..

Setelah Prototaip projek PC99 tu siap..
mereka pergi ke pelbagai syarikat untuk mencari penaja..
tetapi semua gagal kerana prototaip mereka terlampau buruk dan sering gagal..
Sehinggakan sedang mereka sedang putus asa..
Ada sebuah syarikat yg sudi menaja projek ini..
Jadi Andy mendapatkan bantuan Lisa untuk menghasilkan Design terkini bagi E-MAGI..
setelah semalaman Lisa menyiapkan,syarikat tu pun setuju sain kontrak..

Mereka bersetuju dengan tawaran syarikat tu dengan menjual pada harga sebanyak USD 200,000 sahaja..
Mereka pon berjoli sakan dengan duit tu..
sehinggakan Andy mengetahui yang syarikat tu sebenarnya di bawah bos La Honda yang sentiasa berniat jahat tu tadi..

Andy sangat kecewa kerana telah menghabiskan kesemua duit mereka..
Jadi mereka tidak dapat memulangkan semula duit tu untuk membatalkan projek dengan syarikat tu tadi..
Darrel siap beli jip..darrel kecewa giler sebab kener jual balik jip tu..

Rupanya semua ni telah diatur oleh Bos syarikat La Honda tu tadi..
Berkecewalah team Andy kerana ditipu sebanyak 2 kali..
Andy semakin marah apabila mendapat tahu yg La Honda ingin menjual komputer tu dengan harga USSD999..
dengan keuntungan yang berlipat ganda dari plan asal..

La Honda mendapat pesanan komputer yang tinggi walaupun E-MAGI masih belum dipasarkan..
Sehinggakan Jabatan Jalan Raya Malaysia dan pihak Nasa pon dah siap tempah awal-awal..
semakin berlagak la La Honda..

sedang mereka berputus asa..
Andy tiba-tiba mendapat idea dan bersemangat semula..
mereka telah pergi pada bos lama La Honda yg membuat perjanjian dengan mereka dari awal tadi untuk
meminjam semua pekerja yang ada serta peralatan untuk membuat E-MAGI versi baru..
kerana amngikut perjanjian awal..syarikat la Honda memiliki 51% Idea PC99..
bos tu pon setuju..
sebab syarikat dah nak bankrap sebab ditinggalkan oleh bos jahat tu tadi..

setelah sebulan mereka berusaha..
Tiba pada hari perasmian E-MAGI oleh bos jahat La Honda..
Salman menggodam server bos jahat..
jadi ketika perasmian oleh bos jahat..
E-MAGI meletup..

Andy dan Lisa terperangkap dalam bilik kerana ditangkap oleh Guard..
Jadi mereka terpaksa bergantung harapan pada Tiny..

Tiny masuk ke bilik perasmian dengan pasukan pancaragam..
menerangkan tentang dialah pencipta sebenar E-MAGI..
Ketika Andy sampai..mereka menunjukkan prototaip terkini E-MAGI dengan saiz
yang hanya sebesar lampu suluh kecil berfungsikan hologram..
kesemua penaja yang berada di dalam bilik perasmian tu merasa sangat teruja dengan kehebatan
dan kecanggihan komputer tu..
Andy dan rakannya berjaya mengubah E-MAGI dengan lebih terkini berlatarkan 3D dan fungsi pelbagai tanpa sarung tangan..

Bos jahat La Honda masih angkuh dan mengatakan yang sebenarnya dia masih mempunyai pesanan dari Malaysia dan pihak Nasa..
Andy memberitaunya bahawa sebenarnya rakannya yg menyamar sebagai pelanggannya untuk order E-MAGI..

maka..habislah cerita The First Thing $20 Million Is Always The Hard..

sebenarnya..dari story citer ni..
aku sangat kagum dengan semangat Andy yang tak pernah putus asa..
kener plak aku minat giler komputer..lagila minat citer nih..

kalo dilihat dia gagal sebanyak hampir setiap perkara yang dibuatnya dari awal cerita..
inilah sifat yang harus kita kongsi bersama..
nanti aku sambung motivasi filem nih..
aku pon tgh upload filem ni ke mediafire..
nanti aku bagi link download k

semoga korang dapat iktibar dari citer ni..
tata..nanti aku update motivate dier sebab mmg best pon citer nih..
xtau kan..sebab kepaler aku mmg asek pikir komputer jer..
xtau la kalo korang x minat..
wokeys guys

8.10 pagi
selasa
27 oct 09







0 comments:

Post a Comment